Cik Ietie Home Baker
Menerima tempahan kek, cupcake, biskut, roti dan doorgift sekitar Sungai Udang, Masjid Tanah, Melaka juga seluruh Semenanjung Malaysia untuk barang yang sesuai dipos. WA/ Call/ SMS +60183292501
Tuesday, 25 April 2017
Wednesday, 19 April 2017
Chernoslive Cake (Black Prune Cake)
Haa... Salam siaran.. Macam DJ pulak la bunyinya.. tak pun macam Majalah 3.. Lama tak hapdate sekali hapdate bertubi-tubi la pulak hapdatenya.. Kek Ni namanya mungkin tak pernah dengar kat sini.. Tapi ni sebenarnya kek tradisional dari rusia.. Penyediaan kek asasnya pun agak tradisional.. Chernoslive tu bermaksud black prune dalam bahasa Rusia.. Apa ke halnya tetiba buat kek ni? Ni tempahan dari Pegawai Perubatan yang sama jugak la kat Kem Terendak tu.. Hari tu dia tempah untuk makan-makan sendiri, kali ni dia tempah untuk harijadi suaminya yang tak berapa suka kek yang terlampau kaya macam kek keju.. Maka Cik ietie pun cadangkan la kek yang ini.. Alhamdulillah, dia amat berpuas hati dengan kek ni dan nak repeat order lagi.. Kek ni nak membuatnya macam eksperimen kimia la pulak.. Madu dipanaskan dan dicampur soda bikarbonate serta dikacau sehingga menjadi 'caramelised' sebelum dituangkan di dalam adunan telur dan gula yang dipukul kembang.. Texture nya memang lembut.. Tarikan utama rasanya adalah penggunaan sour cream pada topping dan fillingnya.. Korang akan rasa macam unsur yogourt masa makan kek ni.. Setiap lapis ditaburi cebisan prune dan apabila prune serta sour cream ni bergabung rasa, memang superb rasanya.. Rasanya lebih sedap selepas 24 jam dalam peti ais apabila prune dan sour cream tu dah well blended rasanya.. Pendek cerita kena la rasa sendiri baru tau keistimewaan rasa kek ni.. nak cari kat kedai? Tak jumpa lagi rasanya kat sini, kedai kat Rusia ada la.. Hihihi..
Pecan Walnut Heaven Cake
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Lama tak update. Siaran tertunda.. Ni nak bagi tau yang Cik Ietie Masih lagi menerima tempahan. Cuma sekarang agak sibuk menguruskan anak yang dah mula bersekolah tadika.. Walau macam mana pun masih lagi giat menerima tempahan dan melakukan pemasaran untuk produk kek Cik Ietie ni.. Terbaru adalah kek Pecan Walnut Heaven.. Macam-macam version ada dan macam-macam kekacang digunakan. Tapi untuk kek ini seperti namanya la, Cik Ietie gunakan kacan pecan dan walnut. Kalau nak request kacang lain pun boleh tapi harga mungkin berbeza la mengikut harga kacang tersebut.. Kek tempahan seorang pegawai perubatan di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak ini adalah sponge cake yang sangat kaya rasanya.. Topping menggunakan campuran cream cheese serta butterscotch dan setiap lapisan kek serta bahagian atas kek dilapisi dengan sos butterscotch yang kaya.. Saiz kek adalah menggunakan loyang 8 inchi... Anggaran berat selepas di 'make-up'kan adalah kira-kira 2kg++. Berminat boleh segera hubungi Cik Ietie terutama bagi penggemar-penggemar kek yang berada sekitar Kem Terendak, Sungai Udang dan Masjid Tanah.. Bagi tau awal ye, takut stok kekacang pun habis.. Kena restock dari bakery supply... mehkita jamu mata sikit.. ada yang kata kek ni berupa macam leopard pulak, iye ke? Apa-apa aja la.. Yang penting rasanya memang sedap, creamcheese topping yang tak berapa manis diseimbangkan dengan kemanisan sos butterscotch... Silakan jamu mata dulu... Kalau nak jamu tekak lepas ni boleh la call Cik Ietie untuk tempahan, ye...
Tuesday, 24 January 2017
Pindah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Para pelanggan yang dihormati, untuk makluman semua kami telah berpindah ke Melaka. Menerima tempahan sekitar Kem Terendak, Sungai Udang, Masjid Tanah dan sekitar Melaka.
Para pelanggan yang dihormati, untuk makluman semua kami telah berpindah ke Melaka. Menerima tempahan sekitar Kem Terendak, Sungai Udang, Masjid Tanah dan sekitar Melaka.
Monday, 1 August 2016
Mexican Bun Ala Roti Boy...
Haa..
Semenjak
Cik Ietie berjaya menyambar sebiji bread maker yang harganya sangat
berpatutan kat website Lazada ni, rasa bersemangat pulak nak meroti
ni... Walaupun sekadar fungsi asas, Alhamdulillah la, sangat membantu
meringankan kerja-kerja menguli roti.. Semoga kali ni nasib Cik Ietie
baik la, menang membeli, menang jugak la memakainya..
Cuba
tengok tu.. Korang mesti kenal sangat dengan roti ni, kan? Panas ni,
baru keluar oven.. Ni namanya Mexican bun.. Dulu di sesetengah
pasaraya ada jumpa kiosk Roti Boy yang famous tu.. Teknik
penjualannya memang sangat menarik perhatian... Dengan bau aroma kopi
yang semerbak bila roti dibakar tu.. Memang sangat menyelerakan..
Rasa hidung tu macam kena tarik je nak pergi ke kiosk roti tu.. Isi
dalamnya yang lembut dengan intinya yang lemak ditambah pula dengan
lapisan luarnya yang rangup tu.. Aduhai.. Sebiji memang tak cukup
rasanya walaupun sebelum makan dah baca doa makan..
Cik Ietie nak cuba la buat, mana tahu boleh jadi sumber pendapatan pulak..
Insyaallah, harganya tidak la semahal Roti Boy tu.. Walaupun mungkin
tak semerbak baunya macam Roti Boy. Tapi rasanya? Hmm.. yang ni kena cuba la
dulu... Kalau nak rasa makan masa tengah panas tu boleh la panaskan sekejap dalam microwave sebelum makan.. Jangan lama sangat, microwave pada high untuk 30 saat je cukup.. Nak panaskan saja.. Lama sangat nanti jadi biskut pulak karang..
Brownies Kedut
Fresh
from the oven.. Cik Ietie nak promote sikit la Cik Kedut ni.. Sana
sini orang promote.. Camana nak bagi kedut ni? Ada teknik adunan dan
pembakarannya.. Dulu-dulu takde pun jumpa brownies kedut gini..
Mungkin bahan pembuatan yang dah agak berlainan sekarang ni. Tak
pasti la kalau penggunaan compound chocolate menyumbang ke arah
penghasilan kedutan-kedutan tersebut ke tidak..
Sebenarnya
brownies ni ada banyak kategori.. Macam-macam la description yang
orang letak.. Ada chewie, gooey, cakey, fudgy.. Sebenarnya tu semua nak
describe macam aman rasanya bila kita menggigit brownies tu.. Yang
Cik Ietie hasilkan ni lebih kepada fudgy.. Tak berapa manis tapi
sangat bercoklat.. Topping tu boleh la nak letak macam-macam
sebenarnya.. Kali ni Cik Ietie cuma tabur walnut dan pipekan coklat
cair.. Itu pun dah rasa best sangat.. Nak buat beberapa topping atas
brownies tu pun boleh.. Sebiji brownies ni saiznya 10 inchi.. Boleh
dipotong 25 keping.
Kalau
ada yang minat nak buat door gift pun sangat la bersesuaian sekali..
Sebab kepingan tu boleh diletakkan dalam bekas plastik.. Yang Cik
Ietie tunjukkan ni sampel sahaja. Hiasan boleh ditempah mengikut
kesesuaian atau boleh sahaja ditampal label sticker majlis
perkahwinan, pertunangan atau apa sahaja majlis yang berkenaan.
Sunday, 31 July 2016
Cheese Cupcakes
Assalamualaikum
semua,
Ni siaran tertunda.. Actually nya dah beberapa hari lepas Cik Ietie siapkan tempahan cupcakes ni.. Tembahan dari sorang customer yang nak bawak cuppies ni ke kelas Bahasa Arab dia.. Menurut customer tersebut, dari pemerhatian beliau, member-member beliau sangat sukakan kek-kek berunsur cheese yang kurang manis tapi sedap.. Maka Cik Ietie pun fikir mungkin cuppies ni sesuai untuk memenuhi citarasa customer tersebut dan member-member beliau. Untuk mudah tak perlu potong-potong dia request dalam bentuk cupcake saja.. Ye la, kan.. datang kelas takkan nak bawak segala pisau bagai.. Nanti renyah pulak nak bawak balik...
Sebenarnya cuppies ni base nya adalah biskut oreo.. Boleh juga dibuat dengan digestive biscuit.. Toppingnya pulak Cik Ietie buatkan butterscotch yang sangat la lemak dan yummy.. Ditabur pulak dengan kepingan kacang pecan yang dibakar..
Rasanya, hmm... Lemak-lemak, masam sikit sebab ada cheese, sedikit masin sebab ada mentega dan yang penting tidak terlalu manis..
Eh, ada orang yang dah meleleh air liur ke? Kalau ada tu capai la telefon dan call Cik Ietie untuk order.. Topping dan based tu boleh diubah mengikut citarasa.. Ada yang suka blueberry, kita bagi topping blueberry.. Yang minat strawberry atau Kiwi tu boleh je tukar sesuka hati.. Ikut la selera masing-masing ye..
Sebenarnya yang tetiba je ada dua biji tak bertopping tu saja je Cik Ietie buat untuk photo shoot.. Nak tunjukkan camana isi kat bawah topping butterscotch tu.. Bukan Cik Ietie terlupa nak letak ye...
Subscribe to:
Comments (Atom)






