Wednesday, 19 April 2017

Chernoslive Cake (Black Prune Cake)

Haa... Salam siaran.. Macam DJ pulak la bunyinya.. tak pun macam Majalah 3.. Lama tak hapdate sekali hapdate bertubi-tubi la pulak hapdatenya.. Kek Ni namanya mungkin tak pernah dengar kat sini.. Tapi ni sebenarnya kek tradisional dari rusia.. Penyediaan kek asasnya pun agak tradisional.. Chernoslive tu bermaksud black prune dalam bahasa Rusia.. Apa ke halnya tetiba buat kek ni? Ni tempahan dari Pegawai Perubatan yang sama jugak la kat Kem Terendak tu.. Hari tu dia tempah untuk makan-makan sendiri, kali ni dia tempah untuk harijadi suaminya yang tak berapa suka kek yang terlampau kaya macam kek keju.. Maka Cik ietie pun cadangkan la kek yang ini.. Alhamdulillah, dia amat berpuas hati dengan kek ni dan nak repeat order lagi.. Kek ni nak membuatnya macam eksperimen kimia la pulak.. Madu dipanaskan dan dicampur soda bikarbonate serta dikacau sehingga menjadi 'caramelised' sebelum dituangkan di dalam adunan telur dan gula yang dipukul kembang.. Texture nya memang lembut.. Tarikan utama rasanya adalah penggunaan sour cream pada topping dan fillingnya.. Korang akan rasa macam unsur yogourt masa makan kek ni.. Setiap lapis ditaburi cebisan prune dan apabila prune serta sour cream ni bergabung rasa, memang superb rasanya.. Rasanya lebih sedap selepas 24 jam dalam peti ais apabila prune dan sour cream tu dah well blended rasanya.. Pendek cerita kena la rasa sendiri baru tau keistimewaan rasa kek ni.. nak cari kat kedai? Tak jumpa lagi rasanya kat sini, kedai kat Rusia ada la.. Hihihi.. 



Dalam dia macam ni... Tapi ni kek yang sama cuma tempahan orang lain.. Kot mana pun layer dalam tu sama je dan of course la rasanya pun sama je...


No comments:

Post a Comment