Monday, 1 August 2016

Mexican Bun Ala Roti Boy...

Haa..
     Semenjak Cik Ietie berjaya menyambar sebiji bread maker yang harganya sangat berpatutan kat website Lazada ni, rasa bersemangat pulak nak meroti ni... Walaupun sekadar fungsi asas, Alhamdulillah la, sangat membantu meringankan kerja-kerja menguli roti.. Semoga kali ni nasib Cik Ietie baik la, menang membeli, menang jugak la memakainya..

     Cuba tengok tu.. Korang mesti kenal sangat dengan roti ni, kan? Panas ni, baru keluar oven.. Ni namanya Mexican bun.. Dulu di sesetengah pasaraya ada jumpa kiosk Roti Boy yang famous tu.. Teknik penjualannya memang sangat menarik perhatian... Dengan bau aroma kopi yang semerbak bila roti dibakar tu.. Memang sangat menyelerakan.. Rasa hidung tu macam kena tarik je nak pergi ke kiosk roti tu.. Isi dalamnya yang lembut dengan intinya yang lemak ditambah pula dengan lapisan luarnya yang rangup tu.. Aduhai.. Sebiji memang tak cukup rasanya walaupun sebelum makan dah baca doa makan..

     Cik Ietie nak cuba la buat, mana tahu boleh jadi sumber pendapatan pulak.. Insyaallah, harganya tidak la semahal Roti Boy tu.. Walaupun mungkin tak semerbak baunya macam Roti Boy. Tapi rasanya? Hmm.. yang ni kena cuba la dulu... Kalau nak rasa makan masa tengah panas tu boleh la panaskan sekejap dalam microwave sebelum makan.. Jangan lama sangat, microwave pada high untuk 30 saat je cukup.. Nak panaskan saja.. Lama sangat nanti jadi biskut pulak karang..


Brownies Kedut

     Fresh from the oven.. Cik Ietie nak promote sikit la Cik Kedut ni.. Sana sini orang promote.. Camana nak bagi kedut ni? Ada teknik adunan dan pembakarannya.. Dulu-dulu takde pun jumpa brownies kedut gini.. Mungkin bahan pembuatan yang dah agak berlainan sekarang ni. Tak pasti la kalau penggunaan compound chocolate menyumbang ke arah penghasilan kedutan-kedutan tersebut ke tidak..

    Sebenarnya brownies ni ada banyak kategori.. Macam-macam la description yang orang letak.. Ada chewie, gooey, cakey, fudgy.. Sebenarnya tu semua nak describe macam aman rasanya bila kita menggigit brownies tu.. Yang Cik Ietie hasilkan ni lebih kepada fudgy.. Tak berapa manis tapi sangat bercoklat.. Topping tu boleh la nak letak macam-macam sebenarnya.. Kali ni Cik Ietie cuma tabur walnut dan pipekan coklat cair.. Itu pun dah rasa best sangat.. Nak buat beberapa topping atas brownies tu pun boleh.. Sebiji brownies ni saiznya 10 inchi.. Boleh dipotong 25 keping.

     Kalau ada yang minat nak buat door gift pun sangat la bersesuaian sekali.. Sebab kepingan tu boleh diletakkan dalam bekas plastik.. Yang Cik Ietie tunjukkan ni sampel sahaja. Hiasan boleh ditempah mengikut kesesuaian atau boleh sahaja ditampal label sticker majlis perkahwinan, pertunangan atau apa sahaja majlis yang berkenaan.


Sunday, 31 July 2016

Cheese Cupcakes

Assalamualaikum semua,

     Ni siaran tertunda.. Actually nya dah beberapa hari lepas Cik Ietie siapkan tempahan cupcakes ni.. Tembahan dari sorang customer yang nak bawak cuppies ni ke kelas Bahasa Arab dia.. Menurut customer tersebut, dari pemerhatian beliau, member-member beliau sangat sukakan kek-kek berunsur cheese yang kurang manis tapi sedap.. Maka Cik Ietie pun fikir mungkin cuppies ni sesuai untuk memenuhi citarasa customer tersebut dan member-member beliau. Untuk mudah tak perlu potong-potong dia request dalam bentuk cupcake saja.. Ye la, kan.. datang kelas takkan nak bawak segala pisau bagai.. Nanti renyah pulak nak bawak balik...
     Sebenarnya cuppies ni base nya adalah biskut oreo.. Boleh juga dibuat dengan digestive biscuit.. Toppingnya pulak Cik Ietie buatkan butterscotch yang sangat la lemak dan yummy.. Ditabur pulak dengan kepingan kacang pecan yang dibakar.. 
Rasanya, hmm... Lemak-lemak, masam sikit sebab ada cheese, sedikit masin sebab ada mentega dan yang penting tidak terlalu manis..
     Eh, ada orang yang dah meleleh air liur ke? Kalau ada tu capai la telefon dan call Cik Ietie untuk order.. Topping dan based tu boleh diubah mengikut citarasa.. Ada yang suka blueberry, kita bagi topping blueberry..  Yang minat strawberry atau Kiwi tu boleh je tukar sesuka hati.. Ikut la selera masing-masing ye..

      
     Sebenarnya yang tetiba je ada dua biji tak bertopping tu saja je Cik Ietie buat untuk photo shoot.. Nak tunjukkan camana isi kat bawah topping butterscotch tu.. Bukan Cik Ietie terlupa nak letak ye...

Roti Oh Roti....

Assalamualaikum semua,

     Banyak sungguh ye Cik Ietie hapdate blog Cik Ietie ni.. Sehari sampai 2-3 kali gayanya.. Sebenarnya, dah siapkan awal cuma nak tunggu jumpa wifi free baru upload secara pukal... Ala, macam rumah baru la, kan.. Baru-baru nak beroperasi ni kita buat la banyak-banyak sikit.. Banyak project nak tunjuk ni.. Maklum la, dah nak dijadikan sumber pendapatan sepenuhnya.. Kena la promosi tu lebih sikit... Baru la orang tau kita business apa..
     Ni Cik Ietie nak maklumkan la sikit.. Selain daripada kek dan cupcake, Cik Ietie jugak ada buat pelbagai jenis roti.. Roti manis, roti berinti, mini pizza, mexican bun a.k.a roti boy tu pun ada.. Donut pun termasuk sekali...


    Maklum la, bukan hari-hari orang makan kek, ye tak? Kembang jugak tekak asyik makan kek je..Tapi roti ni hampir hari-hari orang makan.. Cik Ietie ni sedia menerima tempahan aneka roti untuk dibekalkan ke kantin-kantin dan kafe yang berminat.. Insyaallah, dijamin bersih dan halal.. Sedap ke tidak tu atas pendapat dan selera masing-masing.. Kalau sedap, alhamdulillah, order la lagi ye.. Kalau x sedap bagi tau Cik Ietie.. Semoga kita dapat sama-sama buat yang terbaik untuk puaskan hati customer Cik Ietie yang dihormati.. Tanpa korang semua, siapa la Cik Ietie (Cewah!)..
     Masa Cik Ietie dok meng'hapdate' blog ni, sebenarnya Cik Ietie tengah membakar Mexican Bun untuk projek seterusnya.. Baunya semerbak seantero rumah.. Buat lapar je petang-petang gini.. Moh le dapatkan segera Mexican Bun ni, nak buat sarapan pagi boleh, minum petang pun boleh.. Nak buat supper pun o.k.. Tapi kalau makin menembun sebab rajin sangat supper tengah malam jangan marah Cik Ietie, ye.. Hehe...

Saturday, 30 July 2016

White Chocolate Macadamia with Korean Flower Buttercream Decoration..

Assalamualaikum semua,


     Ada sesiapa yang nak buat majlis kenduri kawin atau bertunang? Kalau ada korang mesti tengah survey kek-kek yang cantik-cantik, comel-comel untuk majlis tu, kan? Boleh la intai-intai kek Cik Ietie ni.. Ni sebenarnya kek White Chocolate Macadamia.. Saja je Cik Ietie practice buat Korean buttercream flower a.k.a rose K-pop tu.. Bunga-bunga ni keistimewaannya dari segi pemilihan warna supaya nampak segar, hidup, ceria. walaupun tidak la tertanding dengan bunga ros sebenar, sekurang-kurangnya takde la nampak macam bunga ros Avatar pulak... Tak real..


     Cantik tak? Geram tak? Kalau untuk kek kahwin ke bertunang ke, Cik Ietie cadangkan lebih sesuai kalau kek buttercream sahaja.. Terutama kalau ditempah untuk majlis makan beradat, yang mana pengantin nak potong-potong kek gitu.. Sebabnya kalau kek yang exotic gini takut cair je nanti tengah panas.. Kek yang topping buttercream pun boleh tahan jugak sedapnya kalau kena dengan pemilihan rasanya tu.. Contohnya la kan, kalau korang nak kek red velvet tapi topping cream cheese dia tu tak tahan panas.. Lain la kalau kawin dalam dewan ber 'air-cond'.. Takde la cream cheese topping tu mencair.. Cik Ietie boleh tukarkan dengan topping lemon buttercream, rasanya still mengancam dan tahan pada suhu bilik.. 
     Meh la jamu mata.. Boleh fefeeling princess gitu.. Majlis kahwin ala2 garden wedding gitu.. Bunga sana, bunga sini.. Kalau bunga atas kek ni serahkan pada Cik Ietie, bagi tau tema je nak warna apa.. Eh, apa dia? Nak yang bertingkat-tingkat? Jangan risau, bisa diatur jugak tu.. Kalau berkenan boleh la contact Cik Ietie untuk tempahan, ye...  Semoga majlis tu nanti akan menjadi kenangan terindah buat anda semua... 



     Yang sebenarnya kek ni saje je Cik Ietie make up kan begitu sekali.. Kalau taknak beria make up berbunga-bunga bagai, sekadar untuk buat makan family pun boleh je... Kalau yang simple tu lebih kurang mcm yang bawah ni je... Apa sahaja pilihan korang kita boleh bincang nak buat bagi puas hati, ye.. Jangan lupa call Cik Ietie untuk order...

Strawberry Chocolate Indulgence

Salam semua...
     Bersiaran kali ini cik Ietie nak bawakan kek strawberry chocolate indulgence... sedikit modification daripada yang biasanya menggunakan coklat putih.. Rasanya, memang berlainan sekali sebab strawberry dan coklat memang padanan yang menarik dan sedap... memang kena la rasa coklat dan strawberry tu.. Mousse strawberry dan coklat tu pulak Cik Ietie gunakan dairy whipped cream, rasanya lagi sedap dan lemak daripada menggunakan non dairy topping cream. Apa bezanya kedua-dua tu? Alah, tak payah peningkan kepala la.. Biar je Cik Ietie yang fikir sendiri macam mana nak bagi gabungan rasa yang meletop untuk customer Cik Ietie ni... 
     Nak order? Whatsapp/ call laju-laju..


Heavenly Mango Cake

Salam semua...

     Nak tayang sikit la produk special Cik Ietie kali ni.. Belum jumpa lagi kat secret recipy ke atau di mana-mana bakeri. Korang pernah jumpa tak? 
   
Kek Heavenly Mango ni sebenarnya adalah kek span perisa mangga dilapisi dan disaluti mango mousse dan mango sauce di antara lapisannya. Setiap lapisan mousse juga ditaburi dengan ketulan dadu mangga. Tak cukup lagi tu, sekeliling kek pun dilapisi dengan mango mousse dan topping atas sekali merupakan curahan mango sauce... Memang heaven sungguh la bagi peminat mangga... Untuk saiz kek 8 inchi yang beratnya lebih kurang 1.7kg, Cik Ietie menggunakan 1.5kg mangga... Jadi, sesiapa yang berminat dengan kek exotic ni boleh la call Cik Ietie cepat-cepat.. Cik Ietie kena pergi cari mangga dulu.. Kek ni memang disediakan fresh sebab dia tak boleh disimpan lama.. Lai... Lai.. Lai...

Sunday, 24 July 2016

Rainbow cookies... Door gift

     Rainbow cookies, atau nama asalnya biskut lidah kucing ni sangat popular sebagai door gift untuk majlis pertunangan, perkahwinan, baby shower, birthday dan sebagainya.. Warnanya yang sangat menyerlah memang menarik perhatian dan nampak ceria sekali.. apalagi bila disusun dan diletakkan di dalam bekas yang comel-comel memang nampak eksklusif. Untuk doorgift ini Ciktie ada menyediakan beberapa packaging sebagai contoh. Bagi yang berminat menampal sticker pada door gift mengikut tema majlis boleh sahaja diuruskan, cuma kena bagi tau Cik Ietie awak-awal la sebab sticker tersebut perlu ditempah dan mengambil masa kira-kira seminggu.


Ceriakan warnanya...
     Bagi yang berminat untuk letak dalam kotak pula boleh lihat contoh yang ini

Boleh ditambah sticker atau riben mengikut kehendak masing-masing

Floral Bouquet Wedding Cupcakes

     O.k, ni entry pertama Cik Ietie pasal cupcake berbunga-bunga ni.. Untuk sesiapa yang bakal bertunang atau melangsungkan perkahwinan tu mungkin sedang mencari-cari apakah antara hantaran yang sesuai. Nak buat doorgift untuk tetamu pun boleh.. Meh Cik Ietie belanja gambar-gambar floral bouquet cupcake hasil tangan Cik Ietie, kot-kot la ada yang berkenan boleh la hubungi Cik Ietie, ye.. Harga mengikut design yang ditempah. Ye la kan, lagi susah bunga dia mahal sikit la kosnya, sakit bahu Cik Ietie men'deco' cupcake tu.. Tapi untuk pelanggan yang dihormati sekalian, Cik Ietie akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik, yang tercantik, yang anggun (hamboih, semuanya yang ter ter ter belaka ye..hihi) untuk anda semua.. Semoga majlis tersebut akan menjadi kenangan terindah untuk anda sekalian..

Haa.. geram tak?

     Untuk yang minat simple deco pulak Cik Ietie belanja korang gambar kat bawah ni pulak.. Simple and sweet..

Simple rosette
     Pilihan cupcake terdiri dari:
              Coklat
              Vanilla
              lemon/ orange
              pandan
             (perisa lain boleh dicadangkan, insyaallah Cik Ietie cuba).
    Topping
              Buttercream (vanilla, lemon)
              Chocolate ganache (dark chocolate/ white chocolate)

     Untuk deco Cik Ietie hanya menggunakan buttercream untuk buat bunga-bunga tu semua kerana lebih tahan cuaca panas.. Kalau rasa berhajat di hati tu boleh la hubungi Cik Ietie, ye..

Bicara Hati...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

     Selesai menghabiskan pengajian di Kolej Komuniti Ledang awal bulan ni, Cik Ietie pun mula la membuat kira-kira kerja apa yang sesuai untuk Cik Ietie ni.. Nampak gayanya memang tak boleh bekerja office hour sebabnya takde siapa yang nak tolong jaga anak.. Tambahan pula dengan belum ada pendapatan tetap ni. Maka Cik Ietie pun berpendapat yang kerjaya yang sesuai adalah yang boleh dilakukan di rumah sambil mendidik anak Cik Ietie yang sedang lasak tu..
     Sepanjang  menjalani latihan industri 4 bulan yang terakhir di KK Ledang banyak yang dipelajari... Dari bab entrepreneur, pengiraan kos dan juga pemasaran.. Mula-mula mendaftar di kolej dulu rasa lama sangat nak habis masa 20 bulan/ 5 semester tu. Masa tu berkobar-kobar semangat nak membaiki ekonomi dan taraf hidup. Redah jugak la ke tempat yang tak pernah Cik Ietie jejak dengan harapan yang tinggi semoga bidang pastri ni mampu menjadi sumber pendapatan untuk Cik Ietie menyara diri sendiri dan anak Cik Ietie yang sedang membesar tu. 
     Pejam celik pejam celik sekejap je dah 'graduate' kata orang. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat membantu Cik Ietie di masa akan datang. O.k la, dipendekkan cerita Cik Ietie ni dah mula mengambil tempahan untuk segala macam kek, cupcake, roti, dan yang sewaktu dengannya.. Sesiapa yang nak tempah kek ataupun yang berminat nak tempah door gift untuk majlis tunang, kenduri, baby shower, akikah, birthday atau sebarang majlis sambutan boleh la menghubungi ciktie. 
     Buat masa ni tak banyak lagi gambar-gambar yang Cik Ietie dapat kongsikan dalam blog ni. Masih dalam proses menambah koleksi. Mudah lagi sebenarnya berkomunikasi melalui gambar sebab sekeping gambar boleh menceritakan seribu kisah, senang tak payah dercribed banyak-banyak, kan..  Tapi jangan risau, tanpa gambar pun, tuan/puan sekalian boleh nyatakan pada Cik Ietie macam mana kehendak tuan/puan, insyaallah Cik Ietie akan cuba penuhi..
      Bagi yang berminat nak tempah tu boleh la menghubungi Cik Ietie melalui nombor +601125493796 (WA/ SMS/ Call). Jangan malu-malu.. Boleh bincang sampai jadi mengikut budget tuan/puan sekalian.