Assalamualaikum
semua,
Ada
sesiapa yang nak buat majlis kenduri kawin atau bertunang? Kalau ada
korang mesti tengah survey kek-kek yang cantik-cantik, comel-comel
untuk majlis tu, kan? Boleh la intai-intai kek Cik Ietie ni.. Ni
sebenarnya kek White Chocolate Macadamia.. Saja je Cik Ietie practice
buat Korean buttercream flower a.k.a rose K-pop tu.. Bunga-bunga ni keistimewaannya dari segi pemilihan warna supaya nampak segar, hidup, ceria. walaupun tidak la tertanding dengan bunga ros sebenar, sekurang-kurangnya takde la nampak macam bunga ros Avatar pulak... Tak real..
Cantik
tak? Geram tak? Kalau untuk kek kahwin ke bertunang ke, Cik Ietie
cadangkan lebih sesuai kalau kek buttercream sahaja.. Terutama kalau
ditempah untuk majlis makan beradat, yang mana pengantin nak potong-potong kek gitu..
Sebabnya kalau kek yang exotic gini takut cair je nanti tengah
panas.. Kek yang topping buttercream pun boleh tahan jugak sedapnya kalau kena dengan pemilihan rasanya tu.. Contohnya la kan, kalau korang nak kek red velvet tapi topping cream cheese dia tu tak tahan panas.. Lain la kalau kawin dalam dewan ber 'air-cond'.. Takde la cream cheese topping tu mencair.. Cik Ietie boleh tukarkan dengan topping lemon buttercream, rasanya still mengancam dan tahan pada suhu bilik..
Meh la jamu mata.. Boleh fefeeling princess gitu.. Majlis kahwin ala2 garden wedding gitu.. Bunga sana, bunga sini.. Kalau bunga atas kek ni serahkan pada Cik Ietie, bagi tau tema je nak warna apa.. Eh, apa dia? Nak yang bertingkat-tingkat? Jangan risau, bisa diatur jugak tu.. Kalau berkenan boleh la contact Cik Ietie untuk tempahan, ye... Semoga majlis tu nanti akan menjadi kenangan terindah buat anda semua...

Yang sebenarnya kek ni saje je Cik Ietie make up kan begitu sekali.. Kalau taknak beria make up berbunga-bunga bagai, sekadar untuk buat makan family pun boleh je... Kalau yang simple tu lebih kurang mcm yang bawah ni je... Apa sahaja pilihan korang kita boleh bincang nak buat bagi puas hati, ye.. Jangan lupa call Cik Ietie untuk order...

No comments:
Post a Comment