Assalamualaikum
semua,
Banyak
sungguh ye Cik Ietie hapdate blog Cik Ietie ni.. Sehari sampai 2-3 kali gayanya.. Sebenarnya, dah siapkan awal cuma nak tunggu jumpa wifi free baru upload secara pukal... Ala, macam rumah
baru la, kan.. Baru-baru nak beroperasi ni kita buat la banyak-banyak
sikit.. Banyak project nak tunjuk ni.. Maklum la, dah nak dijadikan
sumber pendapatan sepenuhnya.. Kena la promosi tu lebih sikit... Baru
la orang tau kita business apa..
Ni
Cik Ietie nak maklumkan la sikit.. Selain daripada kek dan cupcake,
Cik Ietie jugak ada buat pelbagai jenis roti.. Roti manis, roti
berinti, mini pizza, mexican bun a.k.a roti boy tu pun ada.. Donut
pun termasuk sekali...
Maklum
la, bukan hari-hari orang makan kek, ye tak? Kembang jugak tekak
asyik makan kek je..Tapi roti ni hampir hari-hari orang makan.. Cik
Ietie ni sedia menerima tempahan aneka roti untuk dibekalkan ke
kantin-kantin dan kafe yang berminat.. Insyaallah, dijamin bersih dan
halal.. Sedap ke tidak tu atas pendapat dan selera masing-masing..
Kalau sedap, alhamdulillah, order la lagi ye.. Kalau x sedap bagi tau
Cik Ietie.. Semoga kita dapat sama-sama buat yang terbaik untuk
puaskan hati customer Cik Ietie yang dihormati.. Tanpa korang semua,
siapa la Cik Ietie (Cewah!)..
Masa Cik Ietie dok meng'hapdate' blog ni, sebenarnya Cik Ietie tengah membakar Mexican Bun untuk projek seterusnya.. Baunya semerbak seantero rumah.. Buat lapar je petang-petang gini.. Moh le dapatkan segera Mexican Bun ni, nak buat sarapan pagi boleh, minum petang pun boleh.. Nak buat supper pun o.k.. Tapi kalau makin menembun sebab rajin sangat supper tengah malam jangan marah Cik Ietie, ye.. Hehe...

No comments:
Post a Comment