Selesai menghabiskan pengajian di Kolej Komuniti Ledang awal bulan ni, Cik Ietie pun mula la membuat kira-kira kerja apa yang sesuai untuk Cik Ietie ni.. Nampak gayanya memang tak boleh bekerja office hour sebabnya takde siapa yang nak tolong jaga anak.. Tambahan pula dengan belum ada pendapatan tetap ni. Maka Cik Ietie pun berpendapat yang kerjaya yang sesuai adalah yang boleh dilakukan di rumah sambil mendidik anak Cik Ietie yang sedang lasak tu..
Sepanjang menjalani latihan industri 4 bulan yang terakhir di KK Ledang banyak yang dipelajari... Dari bab entrepreneur, pengiraan kos dan juga pemasaran.. Mula-mula mendaftar di kolej dulu rasa lama sangat nak habis masa 20 bulan/ 5 semester tu. Masa tu berkobar-kobar semangat nak membaiki ekonomi dan taraf hidup. Redah jugak la ke tempat yang tak pernah Cik Ietie jejak dengan harapan yang tinggi semoga bidang pastri ni mampu menjadi sumber pendapatan untuk Cik Ietie menyara diri sendiri dan anak Cik Ietie yang sedang membesar tu.
Pejam celik pejam celik sekejap je dah 'graduate' kata orang. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat membantu Cik Ietie di masa akan datang. O.k la, dipendekkan cerita Cik Ietie ni dah mula mengambil tempahan untuk segala macam kek, cupcake, roti, dan yang sewaktu dengannya.. Sesiapa yang nak tempah kek ataupun yang berminat nak tempah door gift untuk majlis tunang, kenduri, baby shower, akikah, birthday atau sebarang majlis sambutan boleh la menghubungi ciktie.
Buat masa ni tak banyak lagi gambar-gambar yang Cik Ietie dapat kongsikan dalam blog ni. Masih dalam proses menambah koleksi. Mudah lagi sebenarnya berkomunikasi melalui gambar sebab sekeping gambar boleh menceritakan seribu kisah, senang tak payah dercribed banyak-banyak, kan.. Tapi jangan risau, tanpa gambar pun, tuan/puan sekalian boleh nyatakan pada Cik Ietie macam mana kehendak tuan/puan, insyaallah Cik Ietie akan cuba penuhi..
Bagi yang berminat nak tempah tu boleh la menghubungi Cik Ietie melalui nombor +601125493796 (WA/ SMS/ Call). Jangan malu-malu.. Boleh bincang sampai jadi mengikut budget tuan/puan sekalian.
No comments:
Post a Comment