Tuesday, 25 April 2017


Antara tempahan awal semenjak berhijrah ni.. Kek Boboboi ni sebenarnya kek chocolate indulgence.. Terima kasih untuk ibunya yang menempah..

Wednesday, 19 April 2017

Chernoslive Cake (Black Prune Cake)

Haa... Salam siaran.. Macam DJ pulak la bunyinya.. tak pun macam Majalah 3.. Lama tak hapdate sekali hapdate bertubi-tubi la pulak hapdatenya.. Kek Ni namanya mungkin tak pernah dengar kat sini.. Tapi ni sebenarnya kek tradisional dari rusia.. Penyediaan kek asasnya pun agak tradisional.. Chernoslive tu bermaksud black prune dalam bahasa Rusia.. Apa ke halnya tetiba buat kek ni? Ni tempahan dari Pegawai Perubatan yang sama jugak la kat Kem Terendak tu.. Hari tu dia tempah untuk makan-makan sendiri, kali ni dia tempah untuk harijadi suaminya yang tak berapa suka kek yang terlampau kaya macam kek keju.. Maka Cik ietie pun cadangkan la kek yang ini.. Alhamdulillah, dia amat berpuas hati dengan kek ni dan nak repeat order lagi.. Kek ni nak membuatnya macam eksperimen kimia la pulak.. Madu dipanaskan dan dicampur soda bikarbonate serta dikacau sehingga menjadi 'caramelised' sebelum dituangkan di dalam adunan telur dan gula yang dipukul kembang.. Texture nya memang lembut.. Tarikan utama rasanya adalah penggunaan sour cream pada topping dan fillingnya.. Korang akan rasa macam unsur yogourt masa makan kek ni.. Setiap lapis ditaburi cebisan prune dan apabila prune serta sour cream ni bergabung rasa, memang superb rasanya.. Rasanya lebih sedap selepas 24 jam dalam peti ais apabila prune dan sour cream tu dah well blended rasanya.. Pendek cerita kena la rasa sendiri baru tau keistimewaan rasa kek ni.. nak cari kat kedai? Tak jumpa lagi rasanya kat sini, kedai kat Rusia ada la.. Hihihi.. 



Dalam dia macam ni... Tapi ni kek yang sama cuma tempahan orang lain.. Kot mana pun layer dalam tu sama je dan of course la rasanya pun sama je...


Pecan Walnut Heaven Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak update. Siaran tertunda.. Ni nak bagi tau yang Cik Ietie Masih lagi menerima tempahan. Cuma sekarang agak sibuk menguruskan anak yang dah mula bersekolah tadika.. Walau macam mana pun masih lagi giat menerima tempahan dan melakukan pemasaran untuk produk kek Cik Ietie ni.. Terbaru adalah kek Pecan Walnut Heaven.. Macam-macam version ada dan macam-macam kekacang digunakan. Tapi untuk kek ini seperti namanya la, Cik Ietie gunakan kacan pecan dan walnut. Kalau nak request kacang lain pun boleh tapi harga mungkin berbeza la mengikut harga kacang tersebut.. Kek tempahan seorang pegawai perubatan di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak ini adalah sponge cake yang sangat kaya rasanya.. Topping menggunakan campuran cream cheese serta butterscotch dan setiap lapisan kek serta bahagian atas kek dilapisi dengan sos butterscotch yang kaya.. Saiz kek adalah menggunakan loyang 8 inchi... Anggaran berat selepas di 'make-up'kan adalah kira-kira 2kg++. Berminat boleh segera hubungi Cik Ietie terutama bagi penggemar-penggemar kek yang berada sekitar Kem Terendak, Sungai Udang dan Masjid Tanah.. Bagi tau awal ye, takut stok kekacang pun habis.. Kena restock dari bakery supply... mehkita jamu mata sikit.. ada yang kata kek ni berupa macam leopard pulak, iye ke? Apa-apa aja la.. Yang penting rasanya memang sedap, creamcheese topping yang tak berapa manis diseimbangkan dengan kemanisan sos butterscotch... Silakan jamu mata dulu... Kalau nak jamu tekak lepas ni boleh la call Cik Ietie untuk tempahan, ye...



Tuesday, 24 January 2017

Pindah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Para pelanggan yang dihormati, untuk makluman semua kami telah berpindah ke Melaka. Menerima tempahan sekitar Kem Terendak, Sungai Udang, Masjid Tanah dan sekitar Melaka.